Waktu
Waktu itu sangat berharga. Kita diberikan waktu 24 jam oleh Allah SWT, tidak lebih dan tidak kurang. Persoalannya, adakah waktu 24 jam yang diberikan itu, kita gunakan dengan sebaiknya? ATAU kita hanya mensia-siakan waktu yang diberikan itu? Renungkan! Lihat diri anda! Tanya diri anda!
Ada orang manfaatkan waktunya dengan sebaiknya, manfaatkan waktunya dengan sesuatu yang positif seperti bersyukur, berkarya atau melakukan perkara-perkara yang mendatangkan faedah pada dirinya.
TETAPI
Ada juga orang yang menggunakan waktu 24 jamnya itu dengan mengeluh, memberontak dan mengomplen. Hanya melakukan perkara yang negatif.
Mana satu sifat anda ? Adakah positif atau negatif?
Setiap manusia pasti tidak sedar mereka mempunyai harta yang sangat berharga dan tak ternilai iaitu waktu. Tidak kira golongan kaya atau miskin, kita tetap sama mempunyai waktu 24 jam setiap hari. Tiada perbezaannya. Namun, bagaimana anda memanfaatkan waktu 24 jam anda itu... Bagi orang yang berjaya, waktu itu ibarat kehidupan. Waktu itu tidak boleh dikembalikan. Bayangkanlah, dalam masa 24 jam itu... anda bersifat mengeluh dan negatif, ia akan menjadi 24 jam berlalu begitu sahaja. Ia seperti tidak bernilai.
Cuba bayangkan anda berada dalam situasi dimana anda diberikan wang 10 juta setiap hari. Bayangkan! Bayangkan! Bayangkan! ... Adakah anda akan menggunakannya dengan sebaiknya atau mensia-siakannya begitu sahaja. Sekiranya anda menggunakan 10 juta itu hanya untuk berfoya-foya dan boros berbelanja, wang tersebut akan habis begitu sahaja. Tetapi cuba anda gunakan wang tersebut kepada sesuatu yang bermanfaat seperti menderma dan membangunkan masa depan...susah semestinya wang yang dilaburkan itu akan menghasilkan sesuatu yang bernilai. (daripada pakar motivasi - SuccessBefore30)
Oleh itu, gunakanlah waktu anda dengan sebaik-baiknya. Kerana waktu itu tidak boleh dikembalikan!
Oleh itu, gunakanlah waktu anda dengan sebaik-baiknya. Kerana waktu itu tidak boleh dikembalikan!
Comments
Post a Comment