Tempat menarik di Sabah
Kali ini, saya saja hendak berkongsi mengenai tempat-tempat menarik di negeri Sabah yang pernah saya lawati. Asal sebut pasal Sabah, pasti orang ramai akan bertanyakan mengenai tempat menarik di sana. Di sini saya akan kongsikan!
Sabah ini sering menjadi pilihan pelancong untuk dilawati. Keindahan alam semulajadi yang terdapat di sana lah yang menarik minat pelancong untuk datang. Tempat-tempat yang pernah saya lawati antaranya:
1. Desa Cattle Dairy Farm
Desa Cattle Dairy Farm ini merupakan ladang tenusu yang terkenal di kaki Gunung Kinabalu di Kundasang, Sabah. Tempat ini juga seakan-akan berada di New Zealand. Pemandangan di sini juga amat menyejukkan kerana dikelilingi kehijauan serta pemandangan Gunung Kinabalu. Desa Cattle Dairy Farm ini juga menjual produk-produk tenusu yang segar. Sesiapa yang berhasrat ke sini, jangan lupa cuba produk-produk tenusu mereka. Saya yakin anda pasti suka dengan kesegaran produk tenusu mereka.

2. Ladang Teh Sabah
Ladang Teh Sabah ini terletak di Kampung Nalapak, Ranau. Saya hanya pernah sekali datang ke Ladang Teh Sabah. Ladang Teh Sabah merupakan ladang teh organik yang satu-satunya terdapat di Sabah. Bagi yang pengemar teh, boleh lah mencuba teh Sabah sekiranya berkesempatan melawat negeri Sabah. Tempat ini juga sangat cantik untuk bergambar kerana pemandangan sekeliling yang dipenuhi dengan kehijauan.
3. Pulau Sapi
Pulau ini merupakan pulau yang terletak di Taman Tunku Abdul Rahman, Malaysia dan diiktiraf sebagai taman laut negara. Pulau ini merupakan pulau yang paling saya suka. Nak tau sebabnya? Sebabnya air lautnya yang jernih sehingga membolehkan kita melihat ikan yang terdapat di dalamnya, dikelilingi dengan hutan yang mekar serta pantai yang berpasir putih. Bukan itu sahaja tau, pulau ini juga menyediakan pelbagai aktiviti seperti snorkelling dan selaman skuba. Apa yang lagi menarik.. terdapat Coral Flyer yang terpanjang di dunia iaitu dari Pulau Sapi ke Pulau Gaya. Bagi mereka yang ingin bermain flying fox .. datang lah ke pulau sapi .
4. Pasar Filipin
Pasar Filipin ini merupakan salah satu pasar yang menjual pelbagai jenis makanan sabah serta kraftangan. Pasar ini terletak ditengah-tengah Bandaraya Kota Kinabalu. Di sini juga anda akan mendapati makanan popular Sabah iaitu SeaFood. Oleh itu, sesiapa yang bercadang untuk melawat Sabah .. jangan lupa untuk berkunjung ke Pasar Filipin untuk mendapatkan makanan dan kraftangan original dari Sabah.
Okey itulah beberapa tempat menarik pernah saya lawati. Banyak lagi sebenarnya! Semoga ini bermanfaat lah untuk kawan-kawan yang bercadang melancong ke Sabah.
Sabah ini sering menjadi pilihan pelancong untuk dilawati. Keindahan alam semulajadi yang terdapat di sana lah yang menarik minat pelancong untuk datang. Tempat-tempat yang pernah saya lawati antaranya:
1. Desa Cattle Dairy Farm


2. Ladang Teh Sabah
Ladang Teh Sabah ini terletak di Kampung Nalapak, Ranau. Saya hanya pernah sekali datang ke Ladang Teh Sabah. Ladang Teh Sabah merupakan ladang teh organik yang satu-satunya terdapat di Sabah. Bagi yang pengemar teh, boleh lah mencuba teh Sabah sekiranya berkesempatan melawat negeri Sabah. Tempat ini juga sangat cantik untuk bergambar kerana pemandangan sekeliling yang dipenuhi dengan kehijauan.
3. Pulau Sapi
4. Pasar Filipin
Pasar Filipin ini merupakan salah satu pasar yang menjual pelbagai jenis makanan sabah serta kraftangan. Pasar ini terletak ditengah-tengah Bandaraya Kota Kinabalu. Di sini juga anda akan mendapati makanan popular Sabah iaitu SeaFood. Oleh itu, sesiapa yang bercadang untuk melawat Sabah .. jangan lupa untuk berkunjung ke Pasar Filipin untuk mendapatkan makanan dan kraftangan original dari Sabah.
Okey itulah beberapa tempat menarik pernah saya lawati. Banyak lagi sebenarnya! Semoga ini bermanfaat lah untuk kawan-kawan yang bercadang melancong ke Sabah.
Comments
Post a Comment