KMA!



6 April 2019

Saya telah menghadirkan diri dalam Konvensyen Mahasiswa Antarabangsa yang diadakan di DECTAR. Acara ini lebih berbentuk diskusi yang berlangsung dari pagi hingga ke malam.

Slot pertama bertemakan Politik Anak Muda yang menampilkan tiga orang panel yang hebat-hebat belaka. Slot ini memang seronok didengar kerana ia berkaitan dengan mahasiswa dan politik. Slot kedua pula bertemakan Integrasi Ilmu dan Agama. Saya cukup tertarik dengan tajuk yang dibahaskan dalam slot ini dimana saya dapat ringkaskan bahawa ilmu dan agama itu tidak dapat dipisahkan.

Bukan itu sahaja tau, terdapat pelbagai persembahan yang telah dipersembahkan semasa program ini berlangsung. Antaranya adalah persembahan gamelan, persembahan silat dan nasyid.

Acara yang bagi saya sangat best adalah Slot Pentas Siswa. Di mana setiap wakil MPP dari 5 buah universiti terpilih akan menyampaikan hujah yang perlu dibentangkan. Saya memang kagum lah melihat mereka kerana mampu berdiri di atas pentas untuk berhujah. 

Comments