Kaamatan is around the corner!
Okey guys... tidak lama lagi kita akan berada di penghujung bulan 5! Dan saya sangat teruja untuk menantikan Pesta Kaamatan yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Tahu tidak apa itu Pesta Kaamatan? Pasti kawan-kawan tertanya-tanya bukan! Baiklah saya cerita serba sedikit lah mengenai Pesta Kaamatan ini.
Okey, Pesta Kaamatan atau nama lainnya iaitu Tadau Kaamatan merupakan upacara perayaan khas bagi menghormati "Bambazon" iaitu menghormati semangat padi. Pesta Kaamatan ini akan disambut pada 30 dan 31 Mei setiap tahun. Perayaan ini merupakan amalan tradisi suku kaum Kadazan-Dusun dan biasanya perayaan ini dilakukan selepas selesainya menuai padi. Apa yang memeriahkan lagi pesta kaamatan ini adalah aktiviti-aktiviti yang dianjurkan semasa Pesta tersebut berlangsung. Antaranya adalah persembahan dan pertanding tarian Sumazau, pertandingan nyanyian ( Sugandoi), dan yang paling dinanti-nantikan oleh orang ramai iaitu pertandingan ratu cantik atau nama lainnya "Unduk Ngadau".
Memang setiap kali tibanya Pesta Kaamatan, acara yang paling saya nantikan adalah pertandingan Unduk Ngadau. Setiap daerah di Sabah akan menganjurkan Pertandingan Unduk Ngadau ini untuk mencari Unduk Ngadau mereka. Dan setiap peserta yang dinobatkan sebagai Unduk Ngadau daerah masing-masing, akan bersaing di perinkat negeri Sabah bagi merebut gelaran Unduk Ngadau Sabah. Saya amat menyukai apabila para peserta yang mengikuti pertandingan ini memperagakan pakaian tradisional suku kaum Dusun. Memang sangat cantik dilengkapi lagi dengan pelbagai perhiasan yang cantik-cantik belaka. Di sini lah juga, kita dapat melihat gadis-gadis cantik Sabah. Bak kata lagu " Sumandak Sabah Mana Kau Mau Cari, Semua Lawa-Lawa Pandai Masak Nasi" Hahahahahahaha
Okey ini salah satu Unduk Ngadau yang saya minat bagi tahun ini 😍
Semoga Berjaya di pertandingan akhir nanti...
Comments
Post a Comment