IBU! Engkaulah insan teristimewa...

Jiwa telah gundah gulana
Semangat hilang entah kemana
Ingin membawa diri jauh dari dunia
Kerana terlalu lelah terasa
Bagaikan tiada harapan untuk bangkit
Hingga diri tersedar sendiri
Teringat satu bisikan suara
Suara dari insan teristimewa.

Lantas terbayang wajahnya
Teringat segala kisah tentangnya
Hingga jiwa tak mampu menahan sebak
Biarkan air mata mengalir
Agar semangatnya menyelebungi

Terimbas kembali apa yang dilalui
Pelbagai pertanyaan muncul di minda
Seolah-olah tiada jawapan
Sedangkan jawapan tersembunyi dihati

Ku beralih arah ke hati, tanya pada jiwa
Apa pengorbanan ku untuk insan istimewa
Insan istimewa yang melahirkan ku
Adakah ini pengakhiran ku ? 

Puisi ini ditujukan kepada wanita-wanita yang bergelar ibu.
Selamat Hari Ibu 💗

Comments