Haiwan Kegemaran Saya!

😺    Hendak dikatakan banyak juga haiwan menjadi kegemaran saya seperti kucing, arnab, dan koala. Tetapi yang paling saya minati adalah kucing. Saya meminati kucing sejak kecil. Kucing pertama saya bernama Melan. Kucing ini saya jumpa semasa berada di sekolah rendah. Bermula dari Melan, saya mempunyai hasrat untuk membela lebih banyak kucing.HAHAHAHAHA! Bukan Melan sahaja kucing saya pada waktu itu. Saya juga telah mengambil beberapa ekor anak kucing( lupa nama diberi) yang terbiar di sekolah saya. Okey, dari situ bermula lah kucing yang saya pelihara bertambah.

Saya pernah memiliki hampir 13 ekor kucing. Memang seronok dapat membela banyak kucing. Kita dapat bermain dengan mereka. Senang cerita, kehadiran kucing-kucing ini dalam hidup saya memang memberi kegembiraan. Namun, kegembiraan saya itu tidak kekal lama. Ada satu tragedi di mana hampir kesemua kucing-kucing yang saya pelihara, mati dengan serentak. Perasaan pada waktu itu memang sedih sekali. Satu per satu mereka hilang di mata saya. Mereka mati disebabkan penyakit berjangkit. Seekor sakit dan mati, keesokkan harinya seekor lagi mati. Memang berat mata memandang. Mereka ini seperti pelengkap dalam hidup saya.

Kehadiran mereka dalam hidup saya memberi sinar kebahagiaan kepada saya. Mereka telah saya anggap seperti sahabat saya sendiri. Sahabat dunia dan akhirat. Walaupun mereka tidak sudah berada di depan mata saya, namun mereka tetap di hati saya. Kenangan yang sempat dicipta tidak akan pernah saya lupakan. 

Comments