Yeah .. I DID IT !!

20/4/2019

Saya dan rakan-rakan telah mendaftar untuk menjadi peserta bagi acara Varcity Run. Ia merupakan acara larian terbesar di Bangi yang dianjurkan oleh Kolej Aminuddin Baki. Saya dan rakan-rakan yang lain telah menyertai larian kategori 5KM.



Alhamdulillah ... saya dan rakan-rakan saya berjaya menyelesaikan larian tersebut. Paling mengembirakan lagi apabila saya mendapat medal untuk larian tersebut.. kerana memang dari kecil lagi saya ingin memperoleh medal tapi tiada rezeki untuk mendapatkannya... Tetapi kali ini saya berjaya mendapatkan medal pertama saya !!! 

Saya berasa tidak menyesal mengikuti larian ini kerana dapat berlari sambil menikmati pemandangan yang terdapat di sekeliling UKM. Pengurusan acara larian ini juga sangat memuaskan hati saya... Saya berharap saya dapat mengikuti acara sebegini di masa akan datang ... kerana saya suka lari ^^

Target seterusnya 10 KM .. InsyaALLAH ^^

Comments