Produk Kegemaran Saya ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Hari ini saya nak kongsi sedikit satu produk yang menjadi kegemaran saya pada akhir-akhir ini. Produknya adalah Mary Kay Botanical Effects.



Sebelum ini, memang tidak tahu kewujudan produk ni... pernah juga dengar dari kawan-kawan mengenai produk ni.. tapi tidak berminat untuk mengetahui lebih lanjut. Pada suatu hari itu, kawan saya ajak lah datang Skincare Class Mary Kay ... Jadi saya pun terdetik hati untuk turut serta mengikuti kelas tersebut.

Nak tau tak .. kelas Mary Kay sangat-sangat best !!! Kenapa saya cakap best ? sebabnya melalui kelas ini kita dapat mengetahui jenis-jenis kulit dan masalah kulit kita. Kita juga akan diajar bagaimana cara untuk mencuci wajah dengan betul.. Lagi best, kita berkesempatan untuk menggunakan produk Mary Kay dalam kelas tersebut. Kelas ini bukan dibuat oleh sembarangan orang tau tapi Beauty Consultant Mary Kay itu sendiri. Melalui kelas ini juga lah, saya jatuh hati dengan produk yang diperkenalkan iaitu Mary Kay Botanical Effects... Bagi saya kelas sebegini amat wajar dilakukan bagi membantu mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai produk yang sesuai untuk jenis kulit mereka.

Okey, saya ceritakan lebih lanjut mengenai Mary Kay Botanical Effects :

Mary Kay Botanical Effects ini merupakan set skincare paling asas antara semua set skincare yang lain. Dalam kelas Mary Kay yang saya hadir dahulu juga menerangkan bahawa set ini sesuai untuk umur seawal 12 tahun. Set ini juga sesuai untuk lelaki dan perempuan..Kebanyakan mereka yang ingin mencuba produk Mary Kay akan memilih set ini sebagai permulaan.

Set Mary Kay Botanical Effects ni ada berapa item ? Okey, Botanical Effect mempunyai 4 item dalam satu set iaitu :

1) Cleanser
  •        Membantu mencuci, mengelupas dan menyegar dalam satu langkah
  •        Membantu membersihkan makeup dan kotoran di wajah agar wajah tampil lebih bersih
  •        Cleanser tidak berbuih dan tidak mengeringkan kulit


2) Masker
  •       Menanggalkan kotoran dan sel kulit mati secara lembut
  •       Menyingkirkan whitehead dan blackhead
  •       Membersihkan pori yang tersumbat


3) Freshen
  •       Membantu membersihkan saki baki makeup dan kotoran
  •       Mengecilkan pori dan mengetatkan liang roma yang terbuka
  •       Menyegarkan kulit


4) Hydrate
  •       Membantu melembapkan kulit sepanjang hari
  •       Kulit nampak lebih sihat


Itulah item-item dan fungsi set Botanical Effects... Bagi saya, produk ini sangat best dipakai kerana formulanya yang tidak mengeringkan kulit dan ia juga memberi kesegaran kepada kulit saya ... Bagi kawan-kawan yang tengah mencari produk yang berkesan.. saya sarankan untuk mencuba produk Mary Kay.. ^_^


Itu sahaja perkongsian saya hari ini.. terima kasih kerana sudi membaca ^^


Comments