ECONHUNT
Assalamualaikum semuaa...
24/4/2019 :
Saya dan rakan-rakan yang mengambil subjek Makroekonomi sem ini telah diwajibkan untuk mengikuti EconHunt. Aktiviti ini mempunyai markah tau .. kalau tidak silap 20% .. jadi sangat penting untuk kami mengikuti program ini.. EconHunt ini telah diadakan di Sasana Kijang iaitu Muzium Seni Bank Negara. Kami sangat beruntung berkesempatan untuk membuat aktiviti ini diluar UKM .. Pada tahun lepas, EconHunt hanya dilakukan di Ukm sahaja .. Kurang keseronokkan di situ .. Sebelum berlangsungnya EconHunt ini, kami telah dibahagikan kepada kumpulan terlebih dahulu dan menghadiri taklimat.
Sewaktu EconHunt ini berlangsung, ada sedikit permasalahan yang saya hadapi di mana aktiviti EconHunt ini berlanggar dengan kelas Matematik saya. Nasib baik saya dan rakan-rakan yang lain diberi kelonggaran untuk hadir EconHunt lewat. So, saya dan rakan-rakan yang lain menghadiri kelas Matematik terlebih dahulu setelah itu bergerak sendiri ke Sasana Kijang dengan menaiki KTM. Kenderaan tidak disediakan tau bagi mereka yang lewat hadir.. Nampak kesungguhan kami untuk hadir ke program tersebut.
Setiba sahaja saya dan rakan-rakan di Sasana Kijang, kami pun mencari ahli kumpulan kami dan mula untuk membantu mereka mencari jawapan bagi soalan yang telah diberikan. Agak memenatkan juga lah walaupun saya datang lambat tetapi hendak pusing satu muzium itu untuk mencari jawapan sangat susah. Ditambah lagi dengan soalan yang diberikan sangat susah.
Program ini tamat pada pukul 4.00 petang dan saya serta rakan-rakan yang lain menaiki bas untuk pulang ke UKM semula.
Comments
Post a Comment